Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah KAFASI 2025
Majlis dimulakan dengan pembukaan doa bagi memohon keberkatan dan kelancaran program. Seterusnya, hadirin disajikan dengan Persembahan Pertama yang mempamerkan bakat serta kreativiti murid-murid KAFA.
Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, Ustaz Juhairee bin Abdul Rashid, yang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang berjaya. Beliau turut menyeru agar para murid terus berusaha, berdisiplin dan mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik serta akhlak. Ucapan beliau juga menekankan peranan penting kerjasama antara guru dan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Selepas itu, Persembahan Kedua dipersembahkan sebelum acara kemuncak majlis iaitu Penyampaian Hadiah kepada murid-murid yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai kategori. Majlis ini jelas membawa kegembiraan dan kebanggaan kepada para penerima anugerah serta ibu bapa yang yang telah sama-sama mendidik mereka selama ini.
Majlis diakhiri dengan acara bersurai dan jamuan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, ibu bapa dan seluruh warga KAFA.
Pihak pengurusan KAFA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk makanan mahupun kewangan bagi menjayakan majlis ini.
Akhir kata, tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha, berakhlak mulia dan mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Gambar Sekitar Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah KAFASI 2025


























































































Catat Ulasan for "Majlis Ihtifal dan Hari Anugerah KAFASI 2025"
Catat Ulasan