Hari Pendaftaran dan Pembayaran Yuran serta Buku 2023 KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP

Hari Pendaftaran dan Pembayaran Yuran serta Buku 2023 KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP

ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Pihak KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP dengan sukacita ingin menjemput ibu bapa/penjaga ke Hari Pendaftaran Murid Kafa  Sesi 2023/2024 pada ketetapan seperti berikut:-

📆 Tarikh: 13 -14 Mac 2023 (Isnin dan Selasa)
🕰️ Masa: 9.00 pagi-12.00 tengahari
🏫 Tempat: KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP

Pihak KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP amat mengalu-alukan kedatangan ibu bapa/penjaga pada hari tersebut untuk urusan pembayaran yuran dan pengambilan buku (sekiranya stok tersedia). Hari pendaftaran diadakan lebih awal bagi memudahkan kemasukan murid baharu pada 20 Mac 2023 nanti. 

Borang makluman jumlah bayaran yuran dan buku boleh rujuk di sini :


Borang untuk pembayaran boleh muat turun di sini atau boleh boleh dapatkan di pejabat semasa pembayaran nanti :


Bagi yang ingin mendaftar pelajar baru di KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP boleh daftar secara online (maklumat awal) dan muat turun borang pendaftaran di bawah untuk diisi dan di bawah semasa hari pendaftaran nanti (Boleh dapatkan borang pendaftaran di pejabat) :

PENDAFTARAN ONLINE 2023 (Pelajar lama dan baru).
BORANG PENDAFTARAN 2023  (Pelajar baru sahaja).

***(Borang pendaftaran manual juga perlu dihantar walaupun sudah daftar online)

Segala kerjasama dan maklum balas ibu bapa pihak KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Terima kasih kerana memilih KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP.

Catat Ulasan for "Hari Pendaftaran dan Pembayaran Yuran serta Buku 2023 KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP"