Pengenalan KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP
KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP (KAFASI) mula ditubuhkan sekitar tahun 80an lagi dan mula berdaftar pada tahun 2004. Merupakan antara SAR KAFA yang mula ditubuhkan di Kuantan ini.
Ingat lagi mula-mula dulu kelas KAFA hanyalah duduk di luar surau je, tak ade bangunan kelas khas atau pejabat. Alhamdulillah dan terima kasih dengan usaha pihak surau dan sumbangan jemaah di taman ini terbinanya bangunan kelas KAFA walau tak besar mana tapi kami ada kelas dan pejabat sendiri dah.
KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP ini berdaftar sepenuhnya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (CYT 4007) dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) - nom. pendaftarannya (JAIP KS 234/04) dan juga berdaftar dengan Majlis Ugama Islam dan Adar Resam Melayu Pahang (MUIP) - nom. pendaftarannta (MUIP(KAKK) : 027/2).
KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP terletak di bawah naungan dan kelolaan sepenuhnya Surau Al-Ikhwan Taman LKNP di sini.
Jumlah terkini pelajar pada akhir tahun 2021 adalah seramai 99 orang yang terdiri daripada anak-anak sekitar kariah Taman LKNP ini juga. Pelajar bermula dari tahun satu hingga tahun enam.
Seramai 4 orang guru lantikan JAKIM/JAIP telah ditempatkan di sini. Seorang guru lelaki (Guru Besar) dan tiga orang guru perempuan.
- Sambutan Ihtifal dan Hari Anugerah 2023 KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP
- Semakan Online Peperiksaan Percubaan UPKK 2023
- Laporan Infaq Tabung Jumaat Kelas KAFA Bulan Oktober 2023
- Pertandingan Selawat, Mewarna dan Bercerita Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H
- Baiki dan Servis Aircond Kelas dan Pejabat KAFA
KAFA ini juga merupakan salah satu daripada Pusat UPKK yang berdaftar dengan JAKIM dan JAIP yang mampu menampung calon UPKK seramai 30 orang pada setiap sesi peperiksaan UPKK.
Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain mengggunakan sepenuhnya silibus sukatan pelajaran dari JAKIM. Kelas hanya dijalankan pada sesi petang sahaja, bermula jam 2:30 petang hingga 5:30 petang, setiap hari isnin hingga jumaat.
Catat Ulasan for "Pengenalan KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP"
Catat Ulasan