Skim Pinjaman Buku Teks KAFA (SPBTK)

Skim Pinjaman Buku Teks KAFA (SPBTK)

ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

PENGENALAN

KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP akan melaksanakan beberapa program bantuan antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks KAFA (SPBTK) akan bermula sesi penggal pertama persekolahan 2023/2024 menggunakan sepenuhnya sumbangan/ infaq Tabung Jumaat Kelas KAFA.

PAKEJ BUKU TEKS SPBTK

Pakej buku teks merujuk kepada Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti berikut :
  • Buku Teks : buku yang digunakan oleh murid dalam proses P&P sesuatu mata pelajaran dan perlu dipulangkan pada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

VISI, MISI & MOTO

Visi :
Kecemerlangan Pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Melalui Buku Berkualiti

Misi :
Buku Bermutu Kecemerlangan Pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain

Moto :
Membangunkan Potensi Individu Melalui Buku Teks Berkualiti

OBJEKTIF
  • Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
  • Memastikan semua murid warga KAFA Surau Al-Ikhwan menerima buku teks SPBTK pada sesi baru persekolahan.
  • Mengalirkan tanpa henti pahala amal jariah penyumbangan Tabung Jumaat Kelas KAFA.
  • Memberi peluang kepada semua ahli kariah membuat amal jariah tanpa henti dan berpanjangan.

BIDANG TUGAS & PERANAN MURID SERTA IBU BAPA

Tugas Murid
  • Menghargai sumbangan Tabung Jumaat Kelas KAFA.
  • Memupuk sikap bertanggungjawab dan sayang buku teks SPBTK dengan cara ;
    • Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks SPBTK serta membalut buku dengan pembalut buku lutsinar.
    • Mengembalikan buku teks SPBTK yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.
    • Menggantikan buku teks SPBTK yang dihilangkan/ dirosakkan.
  • Mengisi maklumat diri yang lengkap sebagai peminjam pada borang yang disediakan.
  • Sentiasa membawa buku teks mengikut jadual waktu kelas.

Peranan Ibu Bapa
  • Memberi maklumat tepat dan benar semasa pengisian borang akauan terima buku teks SPBTK.
  • Memupuk sikap sayang akan buku teks SPBTK kepada anak/ tanggungan.
  • Memastikan buku teks SBPTK yang dipinjamkan oleh anak/ tanggungan dikembalikan pada masa yang ditetapkan.
  • Menggantikan buku teks SPBTK yang dihilangkan atau dirosakkan oleh anak/ tanggungan mereka.
  • Memastikan anak/ tanggungan mereka membawa buku teks SPBTK mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah.

SENARAI JUDUL BUKU TEKS KAFA (SPBTK)

senarai judul buku

*** PERMULAAN BAGI PROGRAM PRINTIS SPBTK INI AKAN DIMULAKAN DENGAN TAHUN 1 HINGGA 4 SAHAJA (BUKU TEKS BARU), TAHUN 5 BELUM DILAKSANAKAN (MASIH MENGGUNAKAN BUKU TEKS LAMA).

MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK DRAF DALAM BENTUK PDF PELAKSANAAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS KAFA (SPBTK) 2023/2024 :

Catat Ulasan for "Skim Pinjaman Buku Teks KAFA (SPBTK)"