Buku Peraturan KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP

Peraturan KAFA Surau Al-Ikhwan Tmn LNKP

Setiap pelajar dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang terkandung di dalam buku peraturan ini dan apa-apa jua peraturan yang dikeluarkan oleh KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP dari masa ke semasa selepas daripada ini.

Semua pelajar yang berdaftar dan belajar di KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP ini dikehendaki mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai akhlak yang baik, bersopan, dan berbudi bahasa sepanjang masa samada di dalam atau di luar kawasan KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP.

PERATURAN AM

Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan atau dianggap sebagai :
  • Mencemarkan nama baik KAFA
  • Mencemarkan nama baik individu
  • Melakukan perbuatan merosakkan harta KAFA atau harta orang perseorangan atau harta awam.
  • Mengganggu ketenteraman dan perpaduan KAFA
  • Menimbulkan kegelisahan / persengketaan di kalangan pelajar atau kakitangan KAFA.
  • Melakukan perbuatan menghina mana-mana pihak atau individu.
  • Melakukan perbuatan menyiksa dan mengugut mana-mana individu.
  • Tidak senonoh / melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar.
  • Setiap pelajar dikehendaki belajar bersungguh-sungguh.
  • Setiap pelajar dikehendaki menyertai semua kegiatan yang diadakan oleh KAFA samada bercorak akademik atau kokurikulum.
  • Setiap pelajar dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej KAFA dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan tingkahlaku.
  • Pelajar dilarang melakukan sesuatu yang membahayakan diri sendiri atau orang lain.
  • Semua pelajar mesti berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan mengikut masa yang ditetapkan semasa aktiviti persekolahan dijalankan.
Untuk lebih lanjut mengenai Buku Peraturan KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP ini boleh baca dan muat turun failnya di bawah.


Semua pelajar KAFA Surau al-Ikhwan Taman LKNP adalah disarankan memuat turun Buku Peraturan KAFA ini dan sentiasa membacanya sebagai panduan ketika berada di kelas KAFA. Setelah baca dan faham semuanya, sila tanda tangan dan serahkan kepada guru kelas anda.

Catat Ulasan for "Buku Peraturan KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP"