Aplikasi Semakan Online Peperiksaan Percubaan UPKK 2023

Aplikasi Semakan Online Peperiksaan Percubaan UPKK 2023

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2023 semakin hampir iaitu akan berlangsung pada 16 - 23 Januari 2024 ini nanti.

Alhamdulillah telah selesai Peperiksaan Percubaan UPKK 2023 bagi Negeri Pahang pada 20 hingga 23 November 2023.

Selesai peperiksaan percubaan maka tugas sekolah atau kafa pula untuk menyiapkan keputusan peperiksaan percubaan UPKK 2023. Bagi KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP telah menyediakan dua keputusan untuk pelajar dan ibu bapa iaitu semakan secara manual (slip yang diberikan kepada pelajar) dan semakan secara online agar lebih mudah dan nampak lebih sistematik KAFA kita.

Untuk membina sistem ini memerlukan persediaan awal untuk membinanya, bukan pada hari peperiksaan baru nak buat. Tak sempat dah sebab banyak yang perlu kita buat dan semak segala data.

Ini adalah sekadar contoh yang KAFA Surau Al-Ikhwan gunakan dalam semakan peperiksaan percubaan UPKK 2023 ini, sebenarnya telah masuk tahun ketiga sistem online ini digunakan berdasarkan (dari ezMARKAH 3.1) khas untuk peperiksaan percubaan UPKK ini.

Dalam sistem ini ibu bapa atau penjaga hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan pelajar sahaja untuk mengetahui keputusan penuh peperiksaan percubaan UPKK. Ibu bapa penjaga juga boleh memuat turun slip peperiksaan percubaan pada ruang yang telah disediakan dalam sistem ini.

Sebagai DEMO anda boleh klik pautan di bawah untuk mencuba Sistem Semakan Peperiksaan Percubaan UPKK ini dengan mengisi Nombor 1234567890 sahaja di ruang kad pengenalan :


Di bawah adalah Contoh Slip Peperiksaan Percubaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dikeluarkan oleh pihak KAFA admin sendiri. Ia boleh di muat turun secara online oleh penjaga dari sistem tersebut, dibuat mengikut format sijil sebenar UPKK.

Dalam sistem ini ibu bapa atau penjaga hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan pelajar sahaja untuk mengetahui keputusan penuh peperiksaan percubaan UPKK. Ibu bapa penjaga juga boleh memuat turun slip peperiksaan percubaan pada ruang yang telah disediakan dalam sistem ini.

Sistem ini dibina menggunakan :
  1. ezMARKAH v3.1 - data offline peperiksaan
  2. Google sheets - data online peperiksaan
  3. Google Docs - slip peperiksaan
  4. Looker Studio - sistem semakan

Selamat mencuba, ini sekadar panduan dan idea bagaimana untuk membina sistem semakan peperiksaan ujian penilaian kelas KAFA (UPKK) Tahun 2023 sahaja.

Catat Ulasan for "Aplikasi Semakan Online Peperiksaan Percubaan UPKK 2023"