Ulangkaji Bab Puasa Ramadan

Ulangkaji Bab Puasa Ramadan

Jom ulangkaji bab puasa agar puasa sentiasa bertambah baik dari tahun ke tahun, rebutlah ganjaran dan tawaran yang telah ditawarkan oleh Allah dengan ilmu dan kefahaman puasa seperti pengertian, syarat wajib puasa, syarat sah puasa dan sebagainya.

ERTI PUASA

Erti Puasa dari segi bahasa dan syarak :

Puasa (bahasa Arab: صوم) dari segi bahasa "menahan diri". 

Dari segi syarak, puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat".

Puasa Ramadan bererti menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan. Hukum puasa Ramadan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Hal ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri setiap orang islam.


SYARAT WAJIB PUASA

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Sihat
  5. Bermukim (Tidak Musafir)
  6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

SYARAT SAH PUASA

  1. Islam
  2. Berakal dan Mumayyiz
  3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
  4. Nyata Masuknya Bulan Ramadan

RUKUN-RUKUN PUASA

  1. Orang Yang Puasa
  2. Berniat
  3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

PERKARA MEMBATALKAN PUASA

  1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
  2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
  3. Muntah Dengan Sengaja
  4. Keluar Haid & Nifas
  5. Gila
  6. Murtad
  7. Keluar Mani Dengan Sengaja
  8. Bersetubuh Di Siang Hari

PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA

  1. Segera Berbuka Puasa
  2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
  3. Baca Doa
  4. Melambatkan Bersahur
  5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
  6. Sentiasa Bersedekah
  7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
  8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

MAKRUH KETIKA BERPUASA

  1. Bersuntik
  2. Berbekam
  3. Berkumur-Kumur
  4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
  5. Mandi Yang Berlebihan
  6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

GOLONGAN YANG WAJIB QADA, PUASA

  1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
  2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
  3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
  4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
  5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa
  6. Orang Yang Pitam/Mabuk 
  7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

FIDYAH PUASA

Mereka Yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa :-
  1. Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Ditinggalkan Disamping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal. Kalau Tidak Diqada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Dikenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan).
  2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh.
  3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa.
  4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Dibuat Oleh Kerabat Si Mati/Diambil Daripada Harta Pusakanya).
  5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Ditinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya.

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadan :-
  • Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadan, Maka Kedua-dua Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-
    1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin Lelaki atau Perempuan (Sekiranya Tidak Mampu).
    2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya).
    3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin.
Walau Bagaimanapun, Jika Persetubuhan Itu Dilakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat.

TINGKATAN PUASA

  1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak.
  2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas.
  3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Disempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin.

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa:-
  1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran.
  2. Orang Musafir.
  3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah.
  4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga.
  5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Disusui Itu.

LAFAZ DAN NIAT PUASA

LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN (HARIAN)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu shauma ghadin ‘an ada ‘i, fardhi syahri Ramadana hazihis sanati Lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN (SEBULAN)

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Nawaitu shauma syahri Ramadana kullihi Lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan kerana Allah Ta’ala.”

DOA BERBUKA PUASA  (SEORANG)

َاَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ اَمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحِم الرَّحِمِيْن

Allahumma laka sumtu wabika aamantu wa 'ala rizqika aftortu birohmatika ya arhamar rahimiin

Maksudnya: Ya Allah, untuk Mu aku berpuasa dan kepada Mu aku beriman dan dengan rezeki Mu aku berbuka, dengan rahmat Mu jua wahai Zat Yang Maha Penyayang

DOA BERBUKA PUASA (BERAMAI)

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ اَمَنَّا وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحِم الرَّحِمِيْن

Allahumma laka sumna wabika aamanna wa 'ala rizqika aftorna birohmatika ya arhamar rahimiin

Maksudnya: Ya Allah, untuk Mu kami berpuasa dan kepada Mu kami beriman dan dengan rezeki Mu kami berbuka, dengan rahmat Mu jua wahai Zat Yang Maha Penyayang


Semoga puasa pada tahun ini lebih mudah dan baik daripada tahun sebelumnya penuh dengan amal ibadah dan sedakah jariah.

Catat Ulasan for "Ulangkaji Bab Puasa Ramadan"