Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 pada 9 Mac 2023 (Khamis) jam 3.00 petang.
Majlis Pengumuman Keputusan UPKK akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula 9 Mac 2023 (Khamis), jam 4.00 petang melalui kaedah berikut :
- UPKK<jarak>No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888; atau
- Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.
Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi.
Kemaskini :
Semua Pusat UPKK daerah Kuantan boleh mengambil slip keputusan tersebut pada jumaat 10.03.2023 bermula jam 03.00 petang di PAID - Info terkini dari Pejabat Agama Daerah Kuantan.
Bagi Calon UPKK Tahun 2022 KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP boleh dapatkan slip peperiksaan pada hari Isnin 13.03.2023 bermula jam 9.00 pagi. Harap Maklum
Catat Ulasan for "Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022"
Catat Ulasan