Makluman Terkini Pembukaan Kelas KAFA Negeri Pahang bagi Sesi 2023

akluman Terkini Pembukaan Kelas KAFA Negeri Pahang bagi Sesi 2023

Makluman terkini berkaitan waktu pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bagi Negeri Pahang sesi persekolahan Tahun 2023 akan bermula pada 27 Mac 2023 bagi semua premis KAFA.

DIBATALKAN!!!!
MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum.
 
Tuan/Puan,

PEMBATALAN WAKTU PENGOPERASIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) BAGI NEGERI PAHANG SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada surat J.A.I.PHG. PD (5) KAFA /600-3 (31) bertarikh 07 Mac 2023 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pentadbiran ini telah memaklumkan berkaitan waktu pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bagi Negeri Pahang sesi persekolahan Tahun 2023 akan bermula pada 27 Mac 2023 bagi semua permis KAFA.

3. Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini ingin memaklumkan waktu pengoperasian Kelas KAFA  yang dijadualkan bermula pada 27 Mac 2023 dibatalkan dan dipinda pada 20 Mac 2023 (Isnin). Mohon pihak tuan memaklumkan berkaitan perubahan waktu pengoperasian kelas KAFA tersebut kepada semua permis KAFA di daerah tuan.

Perhatian dan Kerjasama dari pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan,

UNIT SAR DAN KAFA
BAHAGIAN PENDIDIKAN
JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG

Catat Ulasan for "Makluman Terkini Pembukaan Kelas KAFA Negeri Pahang bagi Sesi 2023 "