Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Pahang Tahun 2023 / 1444H

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Pahang Tahun 2023 / 1444H

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak tahun 2023 bagi Negeri Pahang dan seluruh Malaysia. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya seluruh umat Islam di Negeri Pahang dan Seluruh Malaysia masih berpeluang untuk menyambut kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak bagi tahun 2023 Masihi bersamaan 1444 Hijrah. 

Oleh itu, kita seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan kita diberi peluang untuk bermujahadah dalam Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan) kali ini. 

Ketibaan Ramadan sangat-sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia kerana Ramadan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai Syahrul Magfirah (bulan keampunan) dan Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka). 

Dalam bulan Ramadan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya. 

Umat Islam di Negeri Pahang dan Seluruh Malaysia perlu memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada bulan Ramadan kerana bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. 

Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang. 

Jadual Waktu Berbuka Puasa Bulan Ramadhan Negeri Pahang dan Seluruh Malaysia 2023 Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berikut admin sertakan lampiran jadual waktu imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadan bagi tahun 1444 Hjirah bersamaan 2023 Masihi untuk seluruh kawasan Negeri Pahang dan Seluruh Malaysia berdasarkan jadual rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM). 

Sebagai makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa bagi seluruh negerI Pahang ini yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang setiap tahun akan menjadi rujukan umat Islam di seluruh Negeri Pahang bagi merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) serta berbuka puasa pada waktu yang tepat. 


Berikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa dalam bulan Ramadhan Tahun 1444H / 2023M bagi kawasan seluruh Negeri Pahang. Sila scroll fail PDF di bawah :


Sebagai makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setiap tahun akan menjadi rujukan umat Islam di seluruh Malaysia merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) serta berbuka puasa pada waktu yang tepat. 

Berikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa dalam bulan Ramadan Tahun 1444H / 2023M bagi kawasan Seluruh Negeri-Negeri di Malaysia. Sila sila klik link di bawah :


Kami guru-guru KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak". Semoga segala amalan puasa di tahun ini lebih sempurna dari tahun lepas.

Catat Ulasan for "Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Pahang Tahun 2023 / 1444H"