Analisa Ringkas Pencapai Keputusan UPKK Tahun 2022
Alhamdulillah segala debaran telah terjawab semalam, tahniah kepada semua calon UPKK KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP yang berjaya dan yang kurang berjaya, tak pe ini bukanlah pengakhiran ini adalah permulaan, jadikanlah ia sebagai pengalaman dan pengajaran untuk masa hadapan.
Analisa Ringkas Pencapai Keputusan UPKK Tahun 2022
Seramai 15 orang calon (Alhamdulillah semua calon adalah lulus)
2 Calon - 8A
1 Calon - 7A
3 Calon - 5A
2 Calon - 4A
3 Calon - 3A
1 Calon - 2A
3 Calon - 1A
Menurut statistik gerd keputusan UPKK Tahun 2022 mencatatkan penurunan baik peringkat semua sekolah, daerah dan negeri berbanding dari tahun 2021 atas pelbagai faktor terutama sekali PKP.
Negeri Pahang seramai 15053 calon UPKK hanya 1221 mendapat 8A, alhamdulillah termasuk 2 orang calon dari KAFA kita.
Alhamdulillah sebenarnya mengikut statistik KAFA Al-Ikhwan ada peningkatan jika dibandingkan dengan peperiksaan percubaan 2022 sebelum ini, tiada seorang pun yang mendapat 8A.
Saya sebagai guru besar KAFA Al-Ikhwan bertanggungjawab, memohon maaf atas penurunan pencapaian UPKK Tahun 2022.
InsyaAllah kami akan berusaha lagi dengan sepenuh jiwa agar pencapai dan sahsiah pelajar akan terus cemerlang dari masa ke semasa.
Terima kasih,
JUHAIREE BIN ABDUL RASHID
Guru Besar
KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP
Catat Ulasan for "Analisa Ringkas Pencapai Keputusan UPKK Tahun 2022"
Catat Ulasan