Sumbangan/ Infaq Tabung Kelas KAFA

Sumbangan/ Infaq Tabung Kelas KAFA

ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Alhamdullillah bermula bulan Jun tahun 2022 tahun lepas pihak Masjid Al-Ikhwan Taman LKNP telah memberi kebenaran kepada KAFA Masjid Al-Ikhwan Taman LKNP untuk meletakkan tabung KAFA setiap hari jumaat di dua muka pintu keluar masuk masjid.

Tabung Kelas KAFA

Alhamdulillah kami amat berterima kasih dan bersyukur kepada yang telah memberi sumbangan dan infaq setiap minggu ke dalam Tabung Jumaat Kelas KAFA ini. Tabung Jumaat Kutipan Kelas Kafa ini akan kami gunakan sebaik mungkin untuk menambahbaik lagi pendidikan kelas Al-Quran & Fardhu, pasarana dan insfrastruktur kelas KAFA di sini.

Bagi memastikan kepercayaan dan persoalan yang pasti timbul, ke mana segala sumbangan dan infaq ini digunakan dan disalurkan, di sini kami sediakan laporan ringkas terkini berkaitan kutipan Tabung Jumaat KAFA setiap minggu untuk semakan pihak AJK Masjid dan jemaah semua. (sila klik link pautan di bawah) :


InsyaAllah, kami akan manfaatkan sepenuhnya setiap RM dan sen sumbangan / infaq ahli jemaah untuk mendapatkan atau membeli segala keperluan berkaitan KAFA mengikut keperluan yang mana paling utama mengikut berapa jumlah sumbangan / infaq yang terkumpul dan semuanya akan dicatatkan jumlah kutipan dan penggunaan (jika ada) di sini setiap minggu.

TUJUAN 
  1. Mengalirkan terus menerus tanpa henti pahala saham akhirat setiap RM dan sen para dermawan, penyumbang, penginfaq ke tempat yang betul selagi mana wujudnya kelas KAFA di sini.
  2. Meningkatkan kualiti pendidikan Kelas Al-Quran & Fardu Ain dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap dan berkesan dalam proses Pengajaran & Pembelajaran (PnP) kelas KAFA.
  3. Membantu meringankan beban ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk belajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di sini.
Sumbangan / infaq akan dimanfaatkan sepenuhnya kebahagian-bahagian seperti berikut :  

1. PENDIDIKAN 📚

2. PEMBANGUNAN 🏠
  • Mural Khat
  • Baiki siling kelas KAFA
  • Memasang grill pintu pejabat KAFA
  • Memasang gutter (salur air hujan) elak tempias hujan
  • Baiki Aircond (servis)
  • 3 buah kipas dinding - kipas tambahan
  • Wayering tambah plug.
  • Kerusi guru
  • Flip Chair (Telah mohon bantuan 80 kerusi, semoga dipermudahkan segala usaha).
  • Almari rak buku
  • Signboard Baru KAFA
  • Papan tanda visi dan misi KAFA

3. UTILITI 📑
  • Laptop
  • Projektor LCD
  • Printer
  • PA Sistem
  • Smartboard TV
  • Penyelenggaraan laman sesawang KAFA

Selain menyediakan Tabung Kelas KAFA setiap hari Jumaat, Sumbangan / infaq anda juga boleh dibuat secara online terus ke akaun bank kami seperti tertera di bawah :

BANK ISLAM
TETUAN SAR/ KAFA AL-IKHWAN
06019010067700

Jika ada yang berminat untuk memberi sumbangan / infaq sebahagian berkaitan semua di atas boleh berurusan terus dengan (Ustaz Juhairee) di talian 0199213139.

Ya Allah alirkan pahala yang tiada kesudahan laksana mengalirnya air di kali tanpa henti dunia dan akhirat bagi mereka yang telah memberi infaq dan sumbangan kepada KAFA Surau Al-Ikhwan selama ini dan yang akan datang, Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Terima kasih,

Kecil tapak tangan,
Stadium Darul Makmur kami tadahkan 

Catat Ulasan for "Sumbangan/ Infaq Tabung Kelas KAFA"