Jadual Kelas Tambahan UPKK Bulan Jun 2022 - KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP
InsyaAllah bermula 18 Jun 2022 KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP akan mengadakan kelas tambahan bagi pelajar tahun 5 yang bakal menduduki peperiksaan UPKK 2022 pada 14 - 17 November nanti (Jadual UPKK rujuk di sini).
Bagi permulaan kelas tambahan UPKK akan diadakan setiap sabtu setiap minggu dan pada bulan september nanti akan bermula bermula kelas tambahan UPKK secara intensif setiap sabtu dan ahad. Setiap sesi akan berlangsung selama 1 jam bagi setiap mata pelajaran. (Sila rujuk jadual di atas).
Kami Guru-guru KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP amat berharap kerjasama ibu bapa/ penjaga pelajar tahun 5 dapat memastikan kehadiran anak-anak bagi setiap kelas tambahan yang akan diadakan nanti.
Kelas tambahan UPKK ini amat penting bagi pelajar tahun 5 tahun 2022 ini kerana boleh dikatakan mereka tidak belajar selama dua tahun berikutan pendamik Covid-19. Jadi mereka tertinggal 2 tahun belajar KAFA bagi tahun 3 dan tahun 4, tahu-tahu je dah masuk tahun 5 sekarang.
Kelas tambahan UPKK ini lebih menekankan pada pelajaran yang tertinggal iaitu pelajaran tahun 3 dan tahun 4.
Sehingga bulan september 2022 nanti kelas tambahan akan diterapkan dengan soalan-soalan latih tubi UPKK.
Semoga KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP akan melahirkan pemimpin yang berwawasan dan hebat di masa akan datang.
*** Jadual Kelas Tambahan Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Catat Ulasan for "Jadual Kelas Tambahan UPKK Bulan Jun 2022 - KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP"
Catat Ulasan