Peraturan untuk Pelajar KAFA Solat Asar Berjemaah di Surau
Hampir dua tahun sejak wabak Covid-19 melanda pelbagai aktiviti pelajar banyak terhenti dan tidak dibenarkan termasuk aktiviti pelajar di KAFA Surau Al-Ikhwan ini tidak dibenarkan pergi ke Kafa dan solat asar berjemaah seperti biasa akibat virus tersebut.
Alhamdulillah dengan kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk solat berjemaah di masjid dan surau (Fasa endemik), pihak Surau Al-Ikhwan Taman LKNP juga telah memberi kebenaran untuk solat berjemaah di surau ini dengan syarat tertentu :
- Pelajar tidak dibenarkan hadir ke KAFA/Surau jika bergejala. (Demam, batuk dan selsema).
- Wajib memakai pelitup hidung dan mulut.
- Membawa sejadah/telekung sendiri. (Tidak dibenarkan solat di surau jika tidak membawa sejadah dan telekung).
- Berbaris (jaga jarak satu sama lain) sebelum ke surau.
- Ambil wuduk dan duduk dalam barisan kelas di luar surau (baca doa selepas wuduk) sementara tunggu solat asar bermula.
- Berbaris sebelum masuk ke dalam surau.
- Masuk ke dalam surau secara beratur dan jaga jarak antara satu sama lain.
- Patuhi segala arahan Pengawas dan guru bertugas.
- Tidak bising/bercakap/bermain-main sewaktu solat dan selepas solat dalam surau.
- Minta kebenaran jika hendak ke tandas jika perlu.
- Keluar surau dengan keadaan berbaris terus balik ke kelas masing-masing (jangan berlari).
- Bersedia untuk sambung kelas sesi ke tiga pembelajaran harian. (tidak dibenarkan berbuat bising sewaktu menunggu guru masuk ke kelas).
Terima kasih, kerana semua mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Catat Ulasan for "Peraturan untuk Pelajar KAFA Solat Asar Berjemaah di Surau"
Catat Ulasan