Pelancaran dan Sejarah Terbina Blog KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP

Sejarah Terbina Blog KAFA Surau al-Ikhwan Taman LKNP

Sebenarnya blog ini mula dibina pada 28 Februari 2019 lagi tapi hanya tapak sahaja tanpa apa-apa isi kanduangan lagi. Pada 6 Mac 2022 admin berkesempatan untuk mengemaskini apa yang telah ditinggalkan dahulu.

Blog ini menggunakan blogger template Linkmagz 3.2.0, ia merupakan template atau theme premium (berbayar) lifetime. Domain??? kita guna domain blogspot je... free je, tapi kita ubahsuai tampak seperti website profesional walaupun percuma.

Kelebihan Template Linkmagz ini:
  • SEO Friendly
  • Mobile Friendly
  • Fast Loading
Blog ini diselenggara dan diuruskan secara profesional bersama-sama oleh Ustaz Juhairee Bin Abdul Rashid (Admin) selaku Guru Besar KAFA dan Guru-Guru KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP. Admin juga merupakan admin kepada beberapa laman web dan blog di bawah kendalian beliau termasuk laman web Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Daerah Kuantan. Beliau juga merupakan seorang Blogger dan YouTuber sejak tahun 2009 lagi.

Tujuan Pembinaan Blog KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP ini :
  1. Untuk simpanan segala maklumat mengenai KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP untuk rujukan AJK, guru, ibu bapa / penjaga serta pelawat.
  2. Bukti kerjabuat KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP.
  3. Mewujudkan sistem semakan daftar pelajar online dan sistem semakanan keputusan peperiksaan KAFA Ikhwan online. (Masih dalam pembinaan kerana tunggu data pelajar baru daftar 2022/2023)
  4. Mudah mengenali lebih dekat KAFA Surau Ikhwan. (Apa ada di KAFA).
  5. Sebagai link pautan website untuk diletakkan dalam sistem SIMPENI sebagai rujukan Penyelia KAFA.
  6. Menyediakan link pautan terus ke laman web utama rujukan Guru-Guru KAFA seperti SIMPENI, MUIP (Zakat Pengajian), iSPEKS (Slip Gaji), JAKIM, JAIP dan Kementerian Pedidikan Malaysia (KPM).
  7. Sebagai modul rujukan kepada mana-mana SAR/KAFA yang ingin membina laman web atau blog sendiri secara percuma.
  8. Salah satu sumber pendapatan KAFA melalui pengiklanan jika ada.
  9. Untuk kenangan di masa hadapan sejarah bagi guru-guru dan pelajar di sini.
Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua. Mohon juga pandangan daripada semua apa lagi yang perlu ada dalam sebuah laman web atau blog KAFA ini. Blog KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP ini masih dalam pembinaan, banyak yang perlu diperbaiki lagi.

Terima kasih datang melawat, singgah ke blog KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP.

Catat Ulasan for "Pelancaran dan Sejarah Terbina Blog KAFA Surau Al-Ikhwan Taman LKNP"