Alat Pemadam Api di KAFA

Alat Pemadam Api di KAFA

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai Alat Pemadam Api di KAFA. Telah kita maklum bahawa mencegah lebih baik dari pada mengubati, sedia payung sebelum hujan. Salah satunya adalah mempersiapkan alat pemadam api di  KAFA. 

Berbagai kemungkinan akan terjadi di KAFA, salah satunya adalah kebakaran. Bangunan sekolah yang tidak diselia seperti kabel eletrik yang lama tidak dijaga dengan baik mungkin menjadi faktor penyebab berlakunya kebakaran. 
Kepentingan, jenis dan lokasi alat pemadam api
  • Alat pemadam api atau fire extinguisher amatlah penting dan wajib ada di setiap KAFA bagi mengawal kebakaran pada peringkat awal. Banyak kes kebakaran besar di sekolah-sekolah berlaku akibat api yang kecil tidak dikawal dan seterusnya menyebabkan api menjadi besar. 
  • Jenis alat pemadam api paling sesuai di rumah adalah jenis Dry Powder ABC. Ini kerana dry powder bersifat universal dan mampu memadam pelbagai jenis api jika hendak dibandingkan dengan jenis yang lain seperti CO2 yang tidak mampu melawan api dari minyak. 
  • Lokasi yang paling sesuai untuk diletakkan alat pemadam api adalah di lokasi yang paling kurang risiko untuk berlaku kebakaran contohnya ruang luar pejabat atau luar kelas. Jika diletakkan di pejabat, kebakaran pula di pejabat, maka alat pemadam api itu tidak dapat digunakan lagi dan ‘useless’. 
Biasanya bagi kelas KAFA akan mendapat kelulusan bomba bagi mendapatkan alat pemadam api dari pihak yang telah dilantik oleh bomba untuk menyelenggara alat pemadam api secara berkala setiap tahun.

Catat Ulasan for "Alat Pemadam Api di KAFA"